Dalam seminar dan ceramah harta tanah,anda dapat melihat
dewan penuh sesak dengan pelabur-pelabur berpotensi yang ghairah berteriak
sambil mengulang ulang manter “’ya,pelaburan harta tanah sangat bagus,ianya
untuk saya,saya boleh melakukannya!”tetapi kemudian,di penghujung hari,berapa
ramai orang yang sebenarnya mengguna pakai apa yang mereka telah pelajari
daripada seminar-seminar tersebut?segelintir daripada mereka,yang penuh
bersemangat daripada ceramah-ceramah kejayaan itu,akan keluar dan membeli satu
hartanah dan kemudian berhenti disitu sahaja
Dalam kerjaya sedekad saya dalam bidang hartanah,bilangan
pelanggan saya yang aktif dalam pelaburan harta tanah berjumlah kurang daripada
dua peratus dan seorang daripada pelanggan penting saya ialah seorang lelaki
yang baru berusia 45 tahun daripada pelanggan penting pendapatan sederhana yang
telah membeli lima apartmen,yang mana empat daripadanya di kawasan yang
sama,bernilai antara RM90,000 hingga RM130,000 setiap satu dalam tempoh dua
tahun.dia telah dapat margin pinjaman antara 85 peratus hingga 90 peratus
daripada harga belian untuk setiap apartmen tersebut .apartmen-apartmen itu
kemudiannya disewa terus setelah mendapat kunci dan ansuran bank dibayar daripada
pendapatan sewa bulanan.dalam 15 tahun lagi akan ada jutawan baru dalam senarai
pelanggan saya.
Terdapat banyak factor yang menghalang orang daripada membuat
pelaburan harta tanah secara serius. Selepas sedekad membantu orang memperoleh
dan menjual hartanah mereka,kesimpulan yang telah saya temui yang menjadi alasan
utama ialah tiada tindakan dan ini timbul daripada sikap skeptic yang mendalam
dalam pelaburan di dalam bidang ini . apabila anda tidak mempunyai pemahaman
yang mencukupi dalam bidang harta tanah,secara semula jadi anda tidak akan
mempunyai keyakinan tinggi dalam potensinya dan bagaimana boleh menjana wang
untuk anda .
Proses yang anda lalui apabila membeli sebuah hartanah
mengelirukan dan rumit kepada ramai orang.Bukan sahaja anda perlu berurusan
dengan penjual tetapi juga dengan ejen-ejen harta tanah,pihak bank dan peguam
yang terlibat dan proses memindahkan milikan hartanah kepada anda mengambil
tempoh masa tiga bulan atau lebih
Dengan segala kepayahan yang perlu dilalui dalam proses pembelian
ditambah dengan masalah seterusnya untuk mendapatkan dan mengekalkan penyewa
dan juga ansuran serta kadar faedah bank yang tinggi,adalah tidak menghairankan
ramai yang tawar hati selepas belian pertama atau kedua mereka.alasan-alasan
lain yang diberikan oleh mereka yang tidak melabur termasuklah kesukaran untuk
mendapatkan pinjaman,dana yang tidak mencukupi untuk membayar deposit dan masa
yang tidak mencukupi untuk member komitmen dalam bidang pelaburan ini .
No comments:
Post a Comment