Thursday, 4 September 2014

PERTIMBANGAN APABILA MEMILIH HARTANAH

1 REPUTASI PEMAJU
-faktor ini berkait rapat dengan latar belakang dan kestabilan pemaju dan aspek ini telah diperjelaskan sebelum ini dibahagian atas.reputasi pemaju secara khususnya adalah amat penting kerana ia melibatkan risikp yang agak tinggi dalam pembelian sekeping hartanah berdasarkan anggapan yang diberikan dalam risalah-risalah walha pembinaan hartanah itu mungkin masih belum pun bermula.berdasarkan laporan-laporan berhubung projek-projek yang terbengkalai,anda semestinya ingin memastikan bahawa pemaju itu mampu untuk menyiapkan projek mengikut tempoh masa

2 KEWUJUDAN PEMBIAYA BERSAMA
-pembiayaan bersama merujuk kepada pinjaman jangka pendek melebihi tempoh pembangunan dan penyiapan projek. Ia diberikan kepada pemaju-pemaju dan sementara menunggu baki harga belian daripada pembeli-pembeli atau pembiaya akhir mereka .
Bertanyalah kepada pemaju sekiranya terdapat pembiayaan bersama . selain daripada meletakkan anda dalam keadaan lebih baik daripada pembeli-pembeli yang lain (memandangkan tidak ramai yang maklum berhubung terma ini).motif yang paling penting disini adalah untuk mengetahui kedudukan kewangan pemaju.meksipun begitu,jika tiada pembiaya bersama (dari aspek undang- undang bermaksud hak milik induk untuk projek tersebut adalah bebas daripada sebarang cagaran bank),pekara tersebut merupakan faktor yang menunjukkan bahawa kewangan pemaju ialah teguh)

3 TEMPOH PEGANGAN TANAH
-ini merupakan elemen penting yang biasanya merupakan satu faktor yang menyakinkan,jika buka sebagai faktor penentu  untuk sama ada anda akan meletakkan wang anda untuk hartanah tertentu,hartanah pegangan bebas pada amnya merupakan pilihan yang lebih disukai memandangakn istilah "pegangan bebas menunjukkan keempunyaan untuk selama-lamanya.erti kata lain,tiada had masa seperti hartanah pegangan pajakan.seorang pemilik hartanah pegangan bebas mempunyai hak untuk selama-lamanya ke atas hartanah itu sehingga dia memindah miliknya melalui jualan .
untuk pegangan pajakan,anda mempunya hak untuk memegang hartanah itu bagi tempoh masa yang ditetapkan,seperti 99 tahun dan tarikh luput pajakan akan dinyatakan dalam hak mili hartanah itu.jika anda tidak mengetahui apa hak milik itu ,hak milik atau surat ikatan hak milik merupakan dokumen yang menggambarkan hartanah itu dan menunjukkan pemilikan hartanah itu .butir-butir transaksi yang dijalankan ke atas hartanah perlu didaftarkan di pejabat tanah atau pejabat pendaftaran tanah akan ditunjukkan dalam hak milk itu,seperti yang dicadangkan oleh nama itu,hak milik merupakan dokumen yang paling penting untuk sekeping hartanah

No comments:

Post a Comment