Wednesday, 3 September 2014

PERLABURAN DALAM INDUSTRI HARTANAH

Harta tanah ditafsirkan sebagai tempat dimana anda meletakan sejumlah wang bagi tujuan menjamin pemilikan dan kemudian mengaut pendapatann yang berterusan daripada para penyewa atau membuat keuntungan cepat dengan melakukan jualan semula.dengan perbelanjaan modal yang minimum dan pembiayaan dari bank,anda memperoleh keuntungan segera keatas nilai penuh hartanah.lebih banyak harta tanah yang anda miliki,lebih kayalah anda.tidak boleh dipertikaikan lagi,harta tanah,dalam apa jua bentuknya yang tersendiri,merupakan suatu bentuk perlaburan yang mengagumkan
Ia mempunyai keupayaan menjana wang yang sukar dipercayi dan amat luar biasa,aliran pendapatan yang tidak akan habis boleh dihasilkan daripada harta tanah.ianya pintu masuk kepada pengaruh kekayaan dan kewangan yang besar.orang biasa,seperti anda dan saya boleh menjana wang dalam harta tanah tanpa mengira berapa banyak jumlah yang kita mulakan.bahkan ramai orang biasa yang menjadi pelabur-pelabur dengan segera telah mendapat status jutawan atau memegang kepentingan mengawal dalam harta tanah bernilai jutaan ringgit dengan membuat pilihan pelaburan yang bijak yang berdasarkan maklumat
Dalam keadaan ekonomi yang kukuh,pelabur-pelabur akan menjana kewangan dengan mengambil kesempatan daripada nilai harta tanah yang meningkat dengan menjual milikan mereka yang telah mereka peroleh pada harga belian yang lebih rendah.secara alternatif,dalam keadaan yang meleset pula.pelabur-pelabur boleh mengawat atau daripada jualan lelongan untuk memperoleh nilai untuk keuntungan dan pulangan modal yang kukuh.mereka kemudian boleh membuat keuntungan segera apabila harga naik kembali melalui jualan semula. Semasa ekonomi meleset dan kadar faedah tinggi,orang ramai terdesak untuk menyewa daripada membeli,oleh itu pelabur-pelabur bakal menikmati hasil sewaan yang stabil daripada pelaburan-pelaburan harta tanah mereka. Pendek kata,sama ada ekonomi baik ataupun tidak,anda akan dapat menikmati pulangan pelaburan anda dalam harta tanah.
Lihat disekeliling anda,diruang legar pasaraya dan pusat membeli-belah yang menjadi saluran mempamerkan harta tanah untuk jualan,anda akan menemui pelabur-pelabur yang berminat bertanyakan segala macam soalan dan ada juga yang turut mengambil nota.pameran hartanah selalunya sesak terutamanya sewaktu ekonomi baik dan walaupun dalam waktu ekonomi gawat,anda masih dapat menemui orang ramai ke tempat sedemikian mencari tawaran murah.
Dengan peluang pelaburan yang tidak putus-putus disekeliling kita,topic pelaburan hartanah sememangnya sesuatu yang amat menarik. Dan perkara ini bukanlah sesuatu yang menghairankan. Hakikatnya,anda boleh menjana wang daripada bidang ini bukanlah merupakan sesuatu rahsia

Walau bagaimanapun,meskipun ramai orang yang berminat dan terdapat peluang gema kekayaan boleh dibuat dalam harta tanah,kenapa hanya segelintir sahaja yang berminat melabur dalam harta tanah?jika pelaburan harta tanah adalah urus janji yang menguntungkan,maka kenapa hanya sebahagian kecik sahaja masyarakat kita yang bergiat aktif dalam bidang ini?

No comments:

Post a Comment