Wednesday, 3 September 2014

MEMAHAMI TENTANG PERLABURAN HARTA TANAH

Factor utama yg menghalang orang ramai daripada meneruskan perlaburan harta tanah secara serius ,tindakan yang tidak mencukupi,pada dasarnya timbul daripada rasa takut dengan kekalutan dan takut dengan risiko yang terlibat dalam transaksi hartanah,ketakutan ini dengan mudah boleh diatasi dengan memahami apakah perlaburan harta tanah dan bagaimana ianya berfungsi

Anda mungkin telah dengar tentang risiko pelaburan ini dan bagaimana rumit dan berpanjangan keseluruhan proses pindah mindah hartanag tersebut kepada anda.anda meletakkan jumlah nominal sebagai deposit dan anda dibebani dengan pinjaman tinggi dengan bayaran balik dan kadar faedag yang tinggi. Jika dalam proses ini,urusan ini tidak Berjaya, anda mungkin kehilangan deposit anda.anda mungkin telah mendengar beberapa orang yang telah kehilangan wang atau milikan mereka ke atas sebidang tanah akibat transaksi berunsur penipuan.kesemua ini berada di benak fikiran anda yang mungkin menghakang anda daripada terus memperoleh hartanag pelaburan ini seperti yang sepatutnya.
Namun tahukah anda bahawa ramai orang kaya dalam dunia ini telah mencapai kekayaan mereka melalui perlaburan harta tanah ,bahkan melabur kekayaan mereka??dengan pernyataan sedmikian ,isu- isu utama yang akan kita kemukakan ialah seperti berikut

1. bagaimana anda menangani sikap ragu-ragu anda dan memperoleh kepercayaan dalam bidang perlaburan ini

2. setelah memulakan langkah pertama anda dalam perlaburan harta tanah,bagaimana untuk anda memastikan bahawa anda adalah antara mereka berjaya,dan benar-benar berjaya dalam pelaburan harta tanah 

sebelum anda mula menceburi bidang pelaburan harta tanah secara serius ,terlebih dahulu penting untuk anda melengkapkan diri anda dengan pengetahuan dan pemahaman yang perlu dalam bidang ini, ini akan memberikan asas dan tapak yang kukuh untuk anda dalam menentukan tahap kejayaan anda dalam pelaburan harta tanah ini. sejauh mana anda akan pergi dalam bidang ini akan bergantung kepada input anda dan tahap komitmen anda .setelah anda memutuskan untuk memberi komitmen anda dalam pelaburan harta tanah ini,saya boleh memaklumkan kepada anda bahawa ini merupakan sejenis pelaburan yang mendatangkan kepuasan,dan anda harus mempelajari prinsip-prinsip asas yang membentuk asas untuk melabur dalam harta tanah .

No comments:

Post a Comment