Dalam hidup anda akan tiba satu ketika apabila anda akan
menyedari bahawa dengan mengahwini
seorang jutawan yang akan membawa anda keluar dari beban masalah kewangan dan
mengangkat anda ke mahligai kekayaan dan kebahagian hanyalah merupakan
sebahagian daripada cerita dongeng sahaja dan ianya akn terus kekal
begitu.suatu hari nanti,anda juga akan menyedari bahawa angan-angan rahsia pada
zaman kanak-kanak anda untuk menjadi seseorang bintang rock terkenal atau
memperoleh kontrak rakaman yang menghasilkan jualan album platinum yang akan
memberikan anda royalty dan pendapatan jutaan ringgit hanyalah merupakan
khayalan disiang hari sahaja.dan yang pasti tiada ahli keluarga jauh anda yang
kaya dating ke muka pintu anda untuk memberikan anda harta warisan berjumlah
sejuta ringgit
Jadi apa lagi yang tinggal?jika bukan kesedaran pada waktu
yang tepat bahawa hanya anda seorang sahaja yang boleh mengubah nasib hidup
anda dengan inisiatif dan usaha anda sendiri.ia satu fikiran yang
bernas!pandanglah disekeliling anda,tanah nan luas yang terbentang dengan
potensi yang begitu menakjubkan yang hasilnya masih belu dikeluarkan dan bangunan pencakar langit yang
hamper mencecah awan.pastinya anda tidak akan terlepas untuk mendapati bahawa
terdapat peluang kekayaan yang begitu besar untuk dijana,jika anda tahu
bagaimana caranya dan beriltizam untuk mencapai.
Terdapat pelbagai cara untuk menjadi kaya tetapi apa yang
kami minat disini merupakan jalan konkrit sebenar yang bakal anda lalui untuk
anda sampai ke mana yang anda inginkan,tanpa mengira umur anda,sama ade anda
mungkin dalam tahun persaraan anda dan dalam apa pun peringkat hidup.namun jika
lebih awal anda membuat komitmen dan berkuranglah hutang yang anda tangung,anda
akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memperoleh kekayaan yang anda
impikan
Apa yang anda perlu ada dan harus miliki ialah keinginan yang
membara untuk menjadi kaya,kepercayaan kukuh terhadap apa yang anda lakukan dan
kebolehan untuk melenyapkan segala sikap skeptis dan perasaan ragu didalam diri
anda.setelah mendapat tumpuan minda yang betul,anda perlu membuat komitmen
untuk melakukan apa sahaja bagi mencapai maklamat anda.ambilah tindakan yang
betul,salurkan semua tenaga anda,susun semula dan selaraskan semua aspek hidup
anda sedemikian rupa sehingga anda sampai ke tahap yang anda inginkan.sentiasa
focus untuk melaksanakan misi anda dan jangan sesekali hilang kepercayaan.
Apakah yang sedang diperkatakan disini??kita
sedang memperkatakan mengenai satu daripada bidang perlaburan yang amat menarik
sepanjang zaman-iaitu harta tanah.dengan hanya menyebut tentang harta tanah
tahap perhatian dikalangan masyarakat umum akan meningkat.dengan keuntungan
yang diperolehi oleh pelabur biasa daripadanya,bukanlah fakta
No comments:
Post a Comment