Thursday, 4 September 2014

CARA-CARA BERBEZA MEMPEROLEH HARTANAH DAN PROSES-PROSES YANG TERLIBAT

Ini ialah satu daripada cara yang paling mudah dan selamat untuk memperoleh hartanah,dengan syarat bagaimanapun,anda telah membuat carian-carian berkaitan latar belakang yang mencukupi keatas pemaju dan projek yang anda berminat.anda boleh mendapat idea kasar tentang kestabilan pemaju dengan melakukan perkara yang berikut:

1 SELIDIK PROJEK-PROJEK MEREKA YANG SEDANG DILAKSANAKAN DAN JUGA YANG TELAH SIAP
-Jika pemaju mempunyai reputasi untuk menyerahkan milikan kosong hartanah-hartanag mereka lebih awal daripada masa yang dijadualkan siap,ia mungkin tanda bahawa pemaju mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.satu lagi faktor penting yang patut diberi perhatian ialah pertukangan rumah-rumah yang telahpun disiapkan oleh pemaju.adakah terdapat banyak aduan tentang pertukangan yang tidak sempurna atau adakah terdapat banyak aduan tentang pertukangan yang tidak sempurna atau adakah hartanah-hartanah terseut berkualiti tinggi dan mempunyai reka bentuk terkini?
jika terdapat aduan tentang kecacatan,berapa segerakah tindak balas daripada pemaju?adakah mereka membaiki kecacatan itu dalam masa seminggu atau adakah anda perlu berkali-kali mengingatkan mereka sebelum mereka mengambil perhatian terhadap aduan-aduan anda?
bagi tujuan mendapat potensi maksimun pelaburan anda,anda tidak ingin kelak dibanjiri dengan senarai yang panjang tentang kecacatan ke atas hartanah itu.ini tidak termasuk masa yang terbuang bagi memanggil dan menunggu pemaju untuk membaiki kecacatan-kecacatan tersebut
Oleh itu,sebelum memilih suatu hartanah dan meletakan wang anda untuknya,dapatkan pendapat,terutamanya daripada mereka yang anda ketahui ialah pembeli,pembeli yang berpengalaman atau jika anda mengetahui mana-mana peguam,anda pasti menghargai pendapatan.bertanyalah kepada peguam jika mereka mengetahui sebarang tuntutan serahan yang lewat terhadap pemaju tertentu ,kuantum yang terlibat dan bagaimana perkara itu diselesaikan .

2 MEMBUAT CARIAN DISURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
-carian mengenai status pemaju boleh dilakukan disuruhanjaya syarikat malaysia pada yuran nominal RM13.carian sebegini memberikan maklumat latar belakang sebuah syarikat seperti butir-butir pengarah-pengarah,pegangan saham,cagaran-cagaran sedia ada keatas aset-aset syarikat,laporan kunci kira-kira dan juga laporan untung rugi
anda mungkin memperolehi pandangan kasar tentang kedudukan kewangan pemaju berdasarkan carian-carian sebegini walau bagaimanapun perlu dimaklumkan bahawa ramai pemaju-pemaju yang selalunya menubuhkan anak syarikat sebagai cabang pelaburan dengan modal berbayar yang nominal untuk bertindak sebagai pemaju bagi sesuatu projek dan dalam keadaan sebegini adalah wajar untuk memeriksa syarikat induk.
sesuatu hartanah boleh beli secara langsung daripada pemaju sebelum pelancaran rasmi projek itu lagi dan semestinya selepas perasmiannya juga,dengan syarat tidak semua hartanah-hartanah yang ditawarkan telah habis dibeli.proses yang terlibat dalam pembelian hartanah daripada pemaju adalah agak mudah dan lebih telus .

No comments:

Post a Comment