Wednesday, 3 September 2014

MENJANA WANG

Setelah anda membiasakan diri dengan prosedur-prosedur dan proses-proses pelaburan harta tanah dan apakah yang diperlukan dalam bentuk pelaburan ini ,anda akan kemudian terus ke langkah seterusnya:bagaimanakah anda boleh menjana wang daripada pelaburan harta tanah?
Dalam harta tanah profesional,apabila kita bercakap tentang menjana wang,ia bukan mengenai RM100.000 yang memperoleh daripada membeli dan menjual hanya satu rumah hartanah dalam 10 atau 20 tahun.Di sini,misi kita adalah pembelian hartanah yang konsisten bagi tujuan menjualnya untuk mendapat keuntungan atau menyewanya untuk pendapatan sewa berterusan dan untuk menambah ekuti.anda dapat perhatikan tujuan utama disini adalah untuk menjadikan pelaburan harta tanah anda berjalan berterusan untuk anda memperolehi kenaikan modal dan hasil penyewaan yang stabil dan juga untuk memaksimumkan pulangan pelaburan anda.
Seperti semua jenis pelaburan,dalam harta tanah,anda perlu ada perancangan,satu strategi pelaburan yang anda selesa.anda boleh memilih cara konservatif dengan hanya membeli apartmen dalam lingkungan RM80.00 hingga RM150.00 dan melepaskannya untuk pendapatan sewa.Atau jika anda mempunyai wang,anda mungkin ingin melabur dalam hartanah yang lebih mahal untuk mendapat hasil sewa yang lebih tinggi. Tempat-tempat yang popular dikalangan ekspatriat dianggap kawasan-kawasan yang baik untuk pelaburan jika anda ingin mempunyai sewa yang tinggi seperti pusat bandar
Secara alternatif ,anda mungkin ingin memilih untuk memberi tumpuan kepada hartanah komersial seperti lot-lot kedai atau unit-unit pejabat.hartanah sebegini biasanya kurang mempunyai masalah penyelenggaran memandangkan penyewa-penyewa kebiasaannya akan cuba memperbaiki apa-apa masalah mereka dengan segera tanpa campur tangan tuan rumah agar tidak menganggu perniagaan mereka .
Namun,jika keterujaan dan cabaran yang anda cari,maka carilah hartanah-hartanah yang dilelong.dalam suasana ekonomi pada masa ini dan segala pampasan yang berlaku disekitar negara,anda mungkin dapat mencari tawaran baik dalam jualan lelong di pasaran semasa.hartanah-hartanah sebegini mungkin hanya perlu dikemaskan sedikit sebelum diletakkan dipasaran untuk dijual semula atau disewakan
Sebaliknya,anda tidak perlu membataskan diri anda dengan hanya satu jenis hartanah.anda mungkin ingin mempelbagaikan pelaburan anda dengan mempunyai beberapa apartmen dengan para penyewa yang lebih tetap dan juga unit-unit pejabat yang boleh mendapat sewa yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment